Monday 12 July 2010

Bulan ini bukan Bulan Cinta



Kata pujangga, Cinta itu buta..aku akui memang benar kata-kata itu tetapi kita sebagai manusia rasanya tidak salah untuk kita menggunakan sedikit akal untuk berfikir tentang perkataan BUTA itu. Actually, manusia yang menjadikan cinta itu buta..bukan cinta yang membutakan manusia..terpulang kepada individu utk mentafsir erti sebenar cinta..ada yang berkata cinta itu indah..ada juga yang rimas dengan status 'too much love'..dan ada juga yang sepi tanpa cinta :).Walaupun bulan ni bukanlah bulan CINTA, tapi aku rasa xsalah untuk aku berbicara serba sedikit tentang cinta ini...Lumrah alam, cinta memang wujud dimana-mana..cuma manusia tidak diberikan kuasa 6th sense utk mengesan dimanakah ia...thats y kita pelu pandai untuk mencari ia..:).Kalau ditakdirkan kita dikurniakan kuasa 6th sense ni, aku pasti ramai yang tidak berusaha dan sangat mudah untuk mendapatkan cinta. Bercakap tentang jatuh cinta pandang pertama pula, bohonglah kalau aku mengaku tidak pernah jatuh cinta pandang pertama. Penyakit ini sebenarnya telah menular kepada kita semasa kita masih lagi kanak-kanak. Kononya bila dah mula kenal, angau dan rindu la menjadi peneman..ramai juga mengalami sindrom jatuh cinta pandang pertama berkali-kali..(ntah le)..selain itu, ada yang berpendapat, amat sukar utk melupakan cinta pertama..Iye ker? Ya! maybe bagi sesetengah orang, kehebatan cinta pertama xsama dengan nikmat cinta kedua, ketiga, keempat...macam tiada replacement untuk cinta pertama...tapi bagi aku,TIDAK! selagi aku belum menjumpai cinta yang sebenarnya yakni yang halal bagiku, jadi tiada istilah cinta pertama dalam diriku..walaupun semua tahu, cinta pertama banyak kenangannya..:D. Disini bukanlah maksud saya utk mengajak semua melupakan kenangan cinta pertama..tetapi kalau direnungkan kembali, hanya cinta sejati sahaja yang akan kekal dan benar iaitu kepada-Nya. Okey, samapi sini dulu..continue again..

No comments:

Post a Comment